Sunday, 23 February 2014

PUISI: Bicara Sama Bulan


Duhai Sang Bulan..
Dengarlah ku bersenandungkan rindu
yang hanya langit mengerti..

Kumengumpul awan-awanan suci
Kumenggapai sang pelangi hati
untuk meraikan indahnya cinta bersamamu

menunggu terusku menunggu
Cinta yang takkan pernah ada
Bak angin meniup dan berlalu pergi
Kala siang melebarkan senyum

Setelah kumengerti
Cintaku ini tiada erti
Ku mendongak memandang langit kian
kelam
menghirup sendu yang menyesakkan dada
Menanti hadirnya bulan yang tiada
kunjung tiba
Hadirnya sang bintang
Saatku menyembah bumi
tersungkur kerana cinta
menghapus segala sedih pedih
Melakar jutaan warna dihati
Yang kosong selama ini menagih kasih ilusi
Padamu bulan aku berbicara
usahlah menggamit memori lama
kerna suratan takdir telah kuterima
cukuplah kutiupkan seuntai doa
Buat kebahagianmu
Moga bertemu sang pendamping setia
sesempurna bidadari
                      

CeRpen



                  Kronologi Cinta
    
   Rizahra iQlima




 Di hening senja itu, Faiq menyelak helaian sebuah album lama diselangi dengan senyum nipis dan sengihan hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi setiap kali melihat gelagat Rizahra sewaktu kecil.
     “comel jugak budak ni” Faiq mengomel sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
 Faiq terus menyelak satu demi satu lembaran album itu.Tangannya terjeda saat terpandangkan sehelai kertas yang sudah lusuh. Faiq mengambil kertas itu dengan tangan yang terketar-ketar. Air matanya menitis laju tanpa paksa.Dengan pantas Faiq menutup album itu dan berlari keluar dari rumah.
 Rizahra dan Nek Syah yang baru sampai dihalaman rumah hairan melihat kelibat Faiq yang berlari laju. Entah kemana arah tuju lelaki muda itu.
      “Aku tak percaya semua ni!!! Tak mungkin” Faiq menjerit sekuat hati. Hati lelakinya menangis meronta-ronta.Dilemparkan segala serabut yang melingkar mindanya pada pantai yang sedang bergelora itu.
 Faiq melutut menghadap pantai yang kian kelam dimamah senja.dia meraup rambutnya kebelakang, Cuba menenangkan hati yang sesak dan serabut.Perlahan-lahan Faiq melabuhkan punggungnya di atas sebatang kayu. Bunyi desiran ombak yang membelai pantai bersama matahari kian terbenam,sedikit sebanyak mampu menenangkan perasaan Faiq saat itu.Malam beranjak kelam.Faiq masih di posisi sama,Masih buntu.
     “Faiq,okeyy ?” Sapa Rizahra dari arah belakang.
Faiq tersentak.Dia menarik nafas sedalam mungkin sebelum berpaling kebelakang.Faiq mengukir senyuman tawar kepada Rizahra dengan kepala yang sedikit mendongak cuba mencari wajah gadis kecil molek itu.
            “okey.” Jawab Faiq ringkas bersama senyuman yang dipaksakan.
Rizahra yang mengambil tempat di sisi Faiq sempat memberi sekilas senyuman kecil saat melihat Faiq yang sedang memandang ke arahnya.
    “Langit takkan selalunya cerah.” Ucap Rizahra tenang.Kepalanya didongakkan ke langit bersama ukiran senyuman yang tidak pernah mati dari ulas bibir gadis itu.
Faiq memandang kewajah polos Rizahra.Lama.Otaknya ligat memikirkan apa yang sebenarnya mahu disampaikan oleh gadis kesayangannya itu.
     “Maksud Zara ?”Soal Faiq keliru.
 Faiq terus memandang wajah Rizahra mengharapkan pengertian.Adakah Rizahra telah menyedari hal yang satu itu?.Hatinya tertanya-tanya.Dia tidak sanggup berhadapan dengan semua itu.Sungguh dia tidak kuat untuk hal yang satu itu.
     “Macam Faiq.Takkan selalunya gembira tanpa masalah.Riak wajah Faiq,Nada suara Faiq,Senyuman Faiq.Zara dapat baca,Zara tau Faiq ada masalah.Zara kenal awak Faiq.” Bebel Rizahra dengan wajah berkerut.
 Faiq yang sedang mengamati wajah Rizahra dari tadi seolah-olah mahu tersembur tawanya.Ketawanya dilepaskan sekuat hati sambil menolak kepala Rizahra perlahan. Sengaja Faiq berbuat begitu untuk menutup jiwanya yang kacau.
     “It is not funny ok!” marah Rizahra sambil membetulkan tudungnya yang sudah senget-benget.
    “Okay.Okay.Okay.Sorry.”Ucap Faiq dengan tawa yang masih tersisa.
     “Zara serius.Zara boleh rasakan yang Faiq ada sembunyikan sesuatu.Sebab selama ini, Faiq yang Zara kenal seorang yang sangat matang,sangat tenang, tak mudah melatah.Tapi apa yang Zara nampak harini adalah seorang Faiq yang gelisah,yang tegang.Kenapa?” Petah Rizahra berbicara memohon pengertian.Sambil memuncungkan bibir mungil miliknya.
     “ Mana adaaaa.. merepek la Zara..” ucap Faiq malas setelah menarik nafas sedalam-dalamnya.
     “tapiiii…..” Rizahra masih belum berpuas hati..
     “sudah..sudah..takde tapi-tapi lagi. Jom kita balik. Dah maghrib ni.” Potong Faiq.
Rizahra hanya menurut meski hatinya tidak tenteram memikirkan lelaki itu.
  Malam itu Rizahra membantu Maktoknya memasak di dapur. Pelbagai jenis masakan dihidangkan di atas meja segi empat beralas kain berwarna kuning lembut berbunga halus warna merah jambu yang terletak di sudut dinding putih itu.Malam itu mereka bertiga makan dengan penuh berselera. Faiq hanya diam tanpa sepatah bicara saat Rizahra dan Nek Syah sibuk bercerita tentang persiapan pernikahan Faiq dan Rizahra. Sikap Faiq malam itu benar-benar membimbangkan Rizahra dan Nek Syah,Seolah-olah ada hal yang menganggu fikiran Faiq hingga lelaki periang itu berubah watak dengan sekelip mata.

  Rizahra tersenyum sendiri saat memangkah menandakan Kalendar dengan dakwat hijau pena kegemarannya. Hampir setiap hari dia menghitung detik bahagia dia dan Faiq yang bakal tiba sebulan sahaja lagi.Segala persiapan sudah lapan puluh persen siap tersedia secara sederhana.Biarlah tidak semewah mana, asalkan selesai lafaz Ijab dan Qabul yang akan menghalalkan hubungan mereka meskipun baru tiga bulan perkenalan.Cinta lepas nikah itu lebih indah. Itu yang mereka pegang.Riak wajahnya berubah bila terfikirkan kekasih hati yang sejak semalam bermuram durja.Rizahra membuka jendela kayu, menjenguk kearah rumah kecil tempat Faiq tinggal.Sunyi.
   “Tak bangun lagi ke mamat ni ? alahai..” keluh Rizahra.
Belum sempat Rizahra berpaling ,dia ternampak kelibat Faiq yang sedang duduk termenung di bawah rumah.
   “Termenung lagi… aku punya la happy dia boleh buat muka macam nak kena hukuman gantung.Jangan-jangan…ahhhh..” Omel Rizahra sendirian lantas menutup kedua-dua belah telinganya dengan telapak tangan sambil matanya tertutup. Dia benar-benar tidak faham dengan sikap Faiq. Entah apalah yang ada di dalam fikiran lelaki itu. Tangan Rizahra giat menyimpul langsir dan berlalu pergi ke dapur. Dia mahu memasak nasi lemak kesukaan Faiq. Semoga sedikit sebanyak dapat menghapuskan kelat di wajah si jantung hatinya itu.
    “Encik, encik.. bangun encik. Encik okay tak ?” Soal Rizahra berulang kali kepada mangsa kemalangan yang tidak menyedarkan diri itu. Cermin keretanya terpaksa Zara pecahkan kerana mangsa terkunci dari dalam. Kereta mangsa telah melanggar sebatang pokok besar di simpang jalan ketika Zara dalam perjalanan pulang kerumah Nek Syah setelah tamat Peperiksaan Akhir di Universitinya. Oleh kerana tiada satu pun kenderaan yang melalui kawasan itu maka terpaksalah Zara berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta yang remuk itu dan membawa masuk kedalam kereta Myvi kuning miliknya.Zara buntu.Dia memandang lama kewajah lelaki yang tidak dikenali itu, hanya sedikit luka ringan di bahagian dahinya.Zara mengalihkan pandangan kehadapan.Dia memecut laju menuju ke pekan.
   “Hello,maktok. Zara kat pekan ni. Zara lambat sikit tau. Nanti balik Zara cerita kat Maktok.” Tergesa-gesa Zara bercakap dengan Maktoknya di telefon.Sekadar memberitahu supaya Maktoknya tidak risau.
 Susuk tubuh lelaki yang ditemuinya tadi kelihatan keluar dari bilik rawatan sambil memicit pelipisnya sendiri dengan jari. Mungkin kepalanya tadi kuat terhentak di stereng kereta.Rizahra bangun mendapatkan lelaki itu.
   “Encik okay ?” soal Rizahra pendek.
   “Emm. Saya okay. Cuma pening sikit. Cik ke yang bawa saya datang klinik ni tadi. Terima kasih ya. Kalau tidak, tak tahu la apa nasib saya.” Ucap lelaki berwajah bersih itu. Tidak terlalu kacak,tetapi sangat menyejukkan mata.
   “Takda apa-apalah..benda kecik je. Saya Cuma tolong setakat yang saya mampu je.” Balas Rizahra merendah diri.
   “Emm. Jadi sekarang Encik nak balik kemana, boleh saya hantarkan sebab saya rasa kereta Encik tu dah memang tak boleh diselamatkan lagi dah..” Ucap Rizahra sambil ketawa.
   “Errk. Sebenarnya saya bukan orang sini. Saya tinggal kat Johor. Tapi saya nak cari sesuatu dekat Kedah ni. Tak sangka pulak nak jadi macamni.Maklumlah..Malang tak berbau..”panjang Faiq menerangkan sambil memuncungkan bibir seolah-olah menghidu.
   “haha. Pandai buat lawak ehh. Dah tak sakit la tu.” Rizahra ketawa melihat gelagat Faiq.
   “Hmm. Saya pon taktau nak buat macamana . tapi sekarang ni Cuma ada satu jalan ja. Awak kena ikut saya balik rumah Maktok saya dulu, and then esok kita decide macamana nak tolong awak.” Rizahra cuba memberi cadangan.
    “Emmm. Tak menyusahkan awak ke ? alahaii. Segan pulak saya.Tapi bolehla..” Ucap Faiq dengan senyuman.
    “Assalammualaikum..Maktok…oooo Maktok..Zara dah sampai ni. Maktok kat mana ?” laung Rizahra memanggil Maktoknya dari luar rumah kayu tradisional yang cantik itu.
      “Waalaikumussalam..yaaa.. Maktok kat belakang ni. Masuk-masuk. Pintu depan tu tak kunci pon.” Balas Nek Syah sambil menjengukkan wajahnya dari pintu belakang.
Rizahra masuk kedalam rumah sambil menjinjing beg pakaian dan beberapa beg plastic yang berisi buah-buahan.
      “Masuklah. Jangan malu-malu,buat sementara waktu ni awak duduk bilik ni dulu, and then awak boleh pakai baju arwah ayah saya ni.muat rasanya.” Kata Rizahra sambil menunjukkan bilik tetamu kepada Faiq lantas meletakkan beberapa helai baju di atas katil.
       “Ohh. Terima Kasih.Erkk. Ayah awak dah takda ? Mak awak mana ?.”soal Faiq bimbang menyakitkan hati Zara.
       “Ohh. Ibu pun dah lama pergi. Sejak saya lahir lagi. Ayah dengan Maktok yang besarkan saya. Masa saya tingkatan tiga ayah pulak tinggalkan saya. Kanser otak.Saya anak tunggal.Anak yatim piatu,saya Cuma ada Maktok.”Sayu Rizahra berkata dengan senyuman kelat.
     “Awak..sory…sory..saya tak sengaja. Saya taktau..”Balas    Faiq serba salah.
      “Takpalah..saya okay. Kita baru kenal memang la awak taktau..takpelah.mandilah dulu.saya nak kedapur,jumpa Maktok.”Bilang Rizahra sambil berjalan keluar dari bilik tetamu itu.
 Fikiran Rizahra melayang seketika teringat saat pertama kali berjumpa dengan Faiq tiga bulan lalu.Lelaki itu ditemuinya dalam keadaan yang sangat mencemaskan. Bagai tak percaya lelaki itu bakal menjadi sang pendamping hidupnya tinggal sebulan dari sekarang.
   “Ya Allah!! Zara..apa hang masak ni..hangit dah ikan bilis ni. Nak bagi Maktok makan nasik lemak ikan bilis rentung ka apa ni?”Leter Nek Syah bila terlihat kuali yang sedang berasap dasyat.
 Terkebil-kebil mata Rizahra melihat kearah kuali lantas dia menutup api dapur gas itu dengan tergesa-gesa,inilah dia padah berkhayal waktu tengah memasak.dalam hati Rizahra berharap agar bau ikan bilis hangit itu tidak sampai ke rumah Faiq. Kalau tidak mahunya dia dikutuk oleh Faiq bermati-matian.



   Hari ini tibalah hari bahagia yang dinanti-nantikan oleh Rizahra dan Faiq.Hari dimana mereka akan disatukan menjadi pasangan suami isteri setelah empat bulan perkenalan. Waktu yang sangat singkat telah menemukan mereka tanpa mereka jangkakan.Benarlah,Jodoh itu rahsia Allah.Tak seorang pon mampu meneka,apatah lagi menentukan.Rizahra sangat cantik dalam persalinan putih bersih bersama solekan tipis yang sudah cukup menaikkan seri keayuan wajah Rizahra.Jantungnya berdegup kencang,hatinya berdebar-debar terkenangkan dirinya yang akan berubah status kurang satu jam sahaja lagi.Sepintas lalu wajah Faiq bermain di fikirannya.Nek Syah riuh rendah di dapur menyediakan makanan dan melayan para tetamu yang hadir.
  Di dalam biliknya Faiq kegelisahan. Dia merenung pakaian yang disediakan oleh Rizahra semalam. Dia gusar, Fikirannya berserabut.Terlalu tertekan. Bagaimana harus dia khabarkan kepada Rizahra. Pasti gadis itu bakal kecewa. Dia tidak sanggup melihat gadis kesayangannya itu mengalirkan air mata.Sedang perasaannya berperang tiba-tiba dia terdengar bunyi SMS diterima.Perlahan-lahan Faiq mencapai BlackBerry rona jingga kesayangannya. SMS dari Rizahra.Terketar-ketar jarinya menekan butang Read.


                    From: Bidadariku
Usah gusar kekasih,aku senantiasa disisimu diterik mentari mahupun dipekat malam.Gud Luck!:)
 Hampir menitis airmata Faiq membaca SMS dari Rizahra.Mengapa dia menangis? Sepatutnya Faiq gembira. Gadis idamannya bakal menjadi hak miliknya sekejap saja lagi.Tapi mana mungkin.Kasihan Rizahra.
Faiq menyarung lemah baju melayu warna senada dengan Rizahra.Wajahnya sedikit pucat.Mungkin terlalu banyak berfikir.Dia menarik nafas dalam-dalam.Lantas dihayunkan langkah kakinya menuju ke rumah Nek Syah yang sudah dipenuhi ramai tetamu.Ibu bapa dan keluarga Faiq turut hadir kehari pernikahan anak lelaki mereka yang satu-satunya itu.Saat Faiq menjejakkan kaki masuk kerumah Nek Syah itu seolah ada angin panas menyerbu kewajahnya saat dia terpandangkan Sang bidadari cantik sedang tersenyum kearahnya.SubhanAllah! indahnya ciptaanMu.Beban yang ditanggungnya terasa sudah tidak mampu ditanggung lagi.Dia memaksa diri untuk tersenyum saat matanya bertaut mesra dengan Rizahra. Perlahan-lahan dia duduk menghadap Imam yang akan menikahkan mereka. Imam memulakan bacaan doa. Rumah sunyi seketika.Kesemua yang hadir khusyuk mendengar bait-bait doa yang dibaca oleh imam sebelum akad bermula.
  Fikiran Faiq semakin berkecamuk.Dia sangat serabut memikirkan tentang apa yang bakal terjadi.Dia seolah-olah sedang tersepit di antara dua.Fikirannya semakin berat.berat.dan terlalu berat.
  Suasana dirumah kembali riuh rendah apabila Faiq tumbang ketika imam sedang membacakan doa.Rizahra kelam kabut.Dia seakan mahu menangis melihat bakal suaminya rebah menyembah bumi.Namun dia cuba untuk tabah. Para tetamu membantu mengangkat Faiq masuk kedalam kereta untuk dibawa ke hospital.

  “Kenapa Faiq rahsiakan semua ni dari Zara.Kenapa Faiq tak berterus terang,Zara terima Faiq seadanya,Semua yang jadi pasti ada jalan penyelesaian.Seperti janji Allah.Disetiap kesusahan pasti ada kesenangan.”Luah Rizahra dalam esak tangis yang sangat lemah.
   “Tak Zara..Zara takkan faham. Faiq taknak lukakan hati Zara.”Lemah Faiq bersuara.
   “Zara faham..kita boleh usahakan Faiq.Macam-macam cara kita boleh ikhtiarkan untuk sembuhkan Faiq.” Rizahra cuba memberi semangat.
    “Bukan itu masalahnya Zara,kalau ditakdirkan Faiq tak sakit macamni pon kita tetap takkan dapat bersama.” Tutur Faiq dengan airmata yang bergenang.
    “Apa maksud Faiq ni ?” Rizahra mula keliru.Wajahnya berkerut minta kepastian.
    “Rizahra Iqlima bt Arif Fattah.Adiklah yang abang cari selama ini.Adiklah yang abang cari di Kedah ni.Abang tak sangka kita akan bertemu dengan cara yang macam ni. Sakit dik..sakit sangat untuk abang terima. Tapi itulah hakikatnya.” Luluh hati Faiq menuturkan kebenaran yang sangat menyakitkan itu dengan tenang.
    “Apa Faiq merepek ne.Zara tak paham.”Rizahra bingung
    “Zara..mungkin Zara tak pernah tahu..Abang, Muhammad Faiq Irsyadee b. Arif Fattah. Saudara kembar Zara. Abang sendiri tak pernah sempat untuk mengenali adik sejak kita lahir. Ibu tinggalkan kita berdua tanpa sempat kita tagih kasih sayangnya. Ayah takkan mampu besarkan kita berdua.Ayah serahkan abang pada keluarga angkat abang.Abang sendiri baru saja tahu siapa ayah abang yang sebenar, abang baru tahu abang ada adik kembar perempuan, sebab itulah abang sampai ke sini. Abang nak cari sesuatu yang abang pernah hilang. Abang nak jumpa adik dengan ayah dan nenek abang.Abang tak pernah salahkan ayah.Abang paham apa yang terpaksa ayah lalui. Abang sedih sangat sebab abang tak sempat kenal dengan ayah kandung abang. Insan yang bertanggungjawab bagi abang peluang menjenguk ke dunia.Maafkan abang adik. Mencipta sejarah kelam di hari bahagia adik. Abang sendiri tak pernah jangka semua akan berlaku. Abang tak mintak semua ni.” Terang Faiq dengan lelehan airmata. Sakit yang dirasakan tidak mampu melawan kepedihan hatinya saat itu.
   “Janganla bergurau dengan Zara macamni..”Rizahra cuba memujuk hatinya yang kacau bilau.
   “Tak sayang..itulah hakikatnya.” Sangkal Faiq.
 Rizahra perlahan-lahan jatuh terjelepuk ke lantai.Dia seolah-olah tidak percaya dengan perkhabaran yang baru diterimanya.kepalanya menggeleng lemah.

  “Abang..kalau ibu dengan ayah ada lagi, mesti happy kan kalau kita semua boleh kumpul satu family.”tutur Rizahra lembut dengan mata yang membengkak.
  “ye adik..Abang tak sempat kenal ibu dengan ayah.Tapi Allah bagi abang peluang untuk jumpa adik yang selama ni abang cari,walaupun sekejap sangat..”lemah sekali bicara Faiq.
  “Janganla cakap macamtu…kita sama-sama cari jalan untuk sembuhkan abang.”pujuk Rizahra.
Kepala Rizahra diletakkan atas ribaan Faiq yang berkerusi roda.Faiq sudah terlalu lemah,dia tidak mampu lagi berjalan,rambutnya kian gugur akibat menghidap penyakit persis arwah bapa kandungnya.Tiada lagi Faiq yang segagah dulu. Yang tinggal hanyalah Faiq yang lemah.Menghitung hari dijemput Tuhan untuk kembali ke sisiNYA.
Mereka berdua merenung kearah pantai yang tenang itu. Desiran ombak sesekali kedengaran menghempas pantai dengan lembut.sesayu hati mereka.
     “Adik..”panggil Faiq lembut.sambil mengusap lembut kepala Rizahra yang dililit selendang berwarna merah jambu lembut.
     “Ya abang..”sahut Rizahra
     “Abang sayang adik..Abang sayang maktok..Terima kasih untuk segala-galanya..”tutur Faiq sebak.

 Rizahra diam..dia memejamkan matanya menahan pedih dihati dengan kepalanya masih di posisi sama.Wajah pucat Faiq terlihat terlalu lemah.Faiq menarik topinya menutupi telinga.Dia meraung di dalam hati.Dia tidak mahu Rizahra menyedari kepiluan yang ditanggungnya.
       “Abang..Zara janji akan jaga abang…temankan abang sampai abang sihat.”Rizahra berbisik


 Dalam diam Rizahra turut mengalirkan airmatanya di atas ribaan Faiq.Faiq diam.Tiada sebarang respon.Tubuh Rizahra terhinggut-hinggut menahan keperitan,kerana dia tahu dia telah kehilangan Faiq untuk selama-lamanya.

“Meski aku telah tiada,namun kasih sayangku takkan pernah mati untukkmu, kerna ianya akan terus hidup dalam hati kamu,apa yang aku harapkan., kenanglah aku disetiap bisikan doamu”-Faiq Irsyadee
                         -TAMAT- 


Sunday, 28 April 2013

Product review : Sabun Gluta Kojic 3 layers :P

salam....

bulan lepas mse alya berblogwalking alya jumpe byk review yg AWESOME! pasal sabun nihhh. so , alya pom cube cari2 n jumpe... then alya pom beli la dgn harapan nk try dy punya keberkesanan yg jd  buah mulut owg tuhh...Sebulan jugak alya pakai ...da hasilnya spt d bawah :

Minggu pertama:

kulit rasa lembut dan gebu.

Minggu kedua :

parut2 pudar dan muka jd licin .

Minggu ketiga :

kulit jd lembap . dan sgt cntik bile sapu compact powder . smooth jew..

Minggu keempat :

Breakouts !! jerawat kecik2 mula tumbuh..muka berminyak dan mudah sunburn. :(

alya xpnh ade jerawat lbh dari satu..sllunye time PMS muncul la sbjik..ini byk sgt kt dahi..halus2 jew tp rse xslesa..muka jd kasar..umm..mungkin xssuai dgn alya kott.. sedeyhnyee..last2 back to cucumber Safi again...skunk da improve ckit :) . nmpknye mmg safi jela yg ssuai kan....


ni alya nk tunjuk gambar sabun gluta kojic tu.


Monday, 11 February 2013

KeTinGGaLaN keta Api..wooooo

salam....hurmmm.. da lme cite malatopp Setia Hujung Nyawa tue tamat,..sekian lme jugak FB , Twitter, Tagged , Line and semua social network yg ade penuh dghn status2 sweet tentang SHN ne...alya xtw pape pown mse tue,..tgok jela owg update memacam..itulah inilah..xdpt imagine lgsg mcmne rupenye SHN tuhh.. almaklumlah kehidupan d kampus x bg peluang lgsg nk follow memane drama or cite yg kt tv uhh...then now,. bwu terhegeh2 nk cri kt youtube n lyn....from now...bwu follow episode 2 ...huhu . sdeyh btol..btw nk follow jugak smpy hbez sbb smua owg ckp cite tue besh ,.... k la .. nk smbung tgok SHN ..tatattaa.. salam alaik. :)

New heaDer :)

Assalamualaikum wbt .
lamenye alya xupdate status kt blog nihh.. da bersawang da nmpknye . huhu . arynie bwu ade kesempatan bukak n renovate ape yg patot . tuko background...buang yg semak samun n tukar header . da lme x ngedit gambo . jd ape la slhnye amek se skit untuk smua tu kan ,. n yg xpuas atynye header ne xnk fit smpy hujung.. cacat ckit lohhh...huhu btw alya biarkan aje sbb da xlrt nk belek daa.. (pemalazzz) .. >.<

ni la header bwu tuh..

idok ler cantikk..tp ok la dr yg dlu...nnty nk bljr buat header yg lg ummphh..huhu. doakan :)

thats all...bye2..

Saturday, 24 November 2012

PaLeStiN....darahmu air mata kami...


Assalammualaikum wrt.

Dari semalam alya berpikir psl ne...sayu sgt bile pk psl umat islam d Gaza..sepanjang hidup alya xpnh ade peperangan. alya hidup dlm kemanan..alya sepatutnya bersyukur...tp alya selame ne merasakan dri alya leka sgt.leka ngn bnda2 yg bt alya kdg2 lupa amanah alya sebagai hamba Allah kt muka bumi ne.Alhamdulillah wujud kesedaran dlm dri alya bila tgok ape yg terjadi pd umat islam d Gaza skrg ne..sedikit sebanyak keinsafan tue tlh meresap msuk dlm jiwa alya.yg menjadikan alya terfikir untuk mengubah dri alya menjadi lebih baik.Alhamdulillah..syukur cbb kita msih d berikan peluang untuk menghirup udara segar d bumi Allah ne.syukur cbb dpt hidup d negara yg aman tnpa peperangan...Dlm kita menikmati makanan yg byk dan lazat sehingga ada yg x mmpu kita mkn , akn kta buang mcm tue jew ke dlm tong sampah tnpa perasaan bersalah, tidur yg nyenyak tnpa gangguan ( gangguan plg truk adlh nyamuk jew ),gelak tawa yg kdg2 buat kita lagha dan leka dgn perkara yg dah diamanahkan kpd kita. tanpa kita sedari ramai insan atau umat islam,saudara seagama kita d Gaza yg sedang menangis menahan lapar yg amat sgt. tidur yg diganggu dgn bunyi bom dan tembakan. menangis ,meraung kerana ahli keluarga mereka diseksa,di penggal kepala dan dibunuh kejam ketika tidur. Saat kita sedang lena diulit mimpi indah , mereka sedang menderita diseksa oleh Zionis laknatullah! 


saat2 pengeboman.


anak kecil yg tidak bersalah d bunuh kejam :(
                                               

Bagi kita anak2 kecil tidak tahu apa2.. mereka cuma tahu main , dan perlukan kasih syg ... tp bg anak2 palestin . mereka sudah tahu apa erti keamanan dan peperangan.. sebak alya bile tgok video kekejaman Israel terhadap penduduk palestin d mna raungan anak2 kecil berlagu tanpa henti...menangis...menangis ...dan terus menangis mencari ibu bapa mereka yg telah d bunuh dan d seksa dgn kejam,rumah mereka d bom sehingga ada anak kecil yg rentung gara2 itu..ade yg d penggal kepala..d pukul sekuat hati tnpa perasaan kasihan.mereka d bunuh ketika keluar pergi bekerja..anak2 kecil yg comel juga sudah mula menuntut hak keamanan mereka sendiri. kecil2 sudah keluar menuntut keadilan dgn membaling batu2 kecil
 kearah tentera zionis. cuba kita pkir.. sebenarnya xkn berhasil pon setakat membaling batu2 kecil tuhh.. zionis tuhh naek keta kebal...xkn terjejas lgsg lw stkt baling ngn batu tuu..tp yg penting keberanian budak2 tuhh.Wanita2 yg d sangka lembut juga keluar dr rumah menuntut keamanan.menangis meraung kerana suami dn ank yg d bunuh kejam tnpa belas simpati,ada d antara mereka d rogol dan d bunuh kerana cuba menghalang tentera zionis dr melakukan kekejaman terhadap org tua dan ank kecil.maruah mereka tergadai kerana mempertahankan agama,...betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap agama.!.sanggupkah kita berkorban untuk agama??? mereka x cuma berserah dri dan biar tentera zionis berlaku kejam. walaupun mereka tahu bahawa untuk mereka melakukan itu, maut d depan mata. bila2 sja mereka akan mati . mereka hanya mmpu berdoa.. dan berusaha untuk mempertahankan hak mereka.mereka tidak takut mati..kerana mereka tahu mati mereka adalah syahid ! mereka mati kerana mempertahankan agama mereka.. mati d jalan Allah.d mana mereka telah d janjikan syurga...alangkah indahnya...subhanAllah...mereka terseksa d dunia ttp mereka adalah org2 yg plg bahagia d akhirat kelak.mati mereka dlm keadaan tersenyum..kerana roh mereka d sambut oleh bidadari2 dr dlm syurga...


mangsa kanak2

sejahteralah kamu d sna :(

anak kecil yg sgt berani...kagum alya..

d mana kita pd saat itu...kita cuma d minta untuk bantu mereka dgn doa n boikot brgn keluaran israel. tp ape yg kite lakukan .. enjoy ??? dan menikmati McD dgn penuh kelazatan ???klw x clp alya arytu McD ade bg burger free kn kt seluruh outlet dy kn ??.. non-Muslim dkt US buat demonstrasi boikot McD tp yg menyedihkan umat islam kt Malaysia ne sanggup beratur sampai ke luar pintu McD tuhh semata2 untuk dptkn burger telur dr McD tuhh..xcukup mkn kew rakyat malaysia smpy berduyun2 berebut nakkan burger telur tue..lw yg pg tu owg miskin alya phm la...tp yg pg tue smua nmpaknya owg yg high-class...pakaian trendy..kereta mewahh..hai..ape nk jd lhaaa..alya pon xphm.-_-

dengan bantuan gambar2 yg alya letak kt bwh ne pon alya rse korg sndrie bole menilaiii....hummm :(

muslim d malaysia
non muslim d us
Sebakk...
bila ada stu video d mna ade sorg anak kecil yg menangis suruh ibunya bangun...dy setia menunggu d sisi ibunya dgn harapan ibunya akan bgun dan memeluknya...tp yg menyedihkan..ibu dy da meninggal...:( ...meninggal cbb d tembak oleh tentera zionis yg x berhati perut.ummm....tabahnye mereka...lw alya kt tmpt mereka..xdpt alya bygkan..alya x sekuat mereka..ade hikmah d sebaliknya...Allah xkan bebankan hambaNya dgn ujian yg xmampu hambaNya tanggung..mgkin krna mereka sgt berani , kuat dan tabah maka ujian sebesar itu d berikan kpd mereka setimpal dgn ganjaran syurga yg d janjikan...

hanya mampu menangis melihat ibunya
"Inna ma'al usri yusra" di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.....kita mendapat kesenangan d dunia blom tentu kita akan senang d akhirat kerana kesenangan dunia adlh sementara dan bakal musnah. ttp mereka yg terseksa d dunia krn mempertahankan agama akn mendapat kesenangan d akhirat iaitu kesenangan yg abadi.

kita hanya mampu membantu mereka dgn bersenjatakan iringan doa tnpa henti...kalungan doa buat para syahid....berdoa agar zionis d hancurkan...namun..sebenarnya ,..Allah tidak menjatuhkan bala keatas israel kerana Allah telah menjanjikan syurga kepada palestin...

Ya Allah..hapuskan zionis laknatullah dr muka bumi ini...kembalikan senyuman palestin ya Allah..kembalikan kebahagiaan mereka agar senyuman manis mereka dpt diukir kembali..Buat para syahid..Sejahteralah anda semua d sana.Hanya Allah yg Maha Mengatur segala kejadian d langit dan bumi..kerana caturannya yg Maha halus.. :')









::Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH...
Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah >_^



untuk renungan semuaa....assalammm...:(